Tuesday, 26 February 2013

UMAI SARAWAK

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ikan tenggiri
  • Cuka untuk merendam ikan 
  • 3 biji limau kasturi
  • 1 biji mangga @ 1/2 nenas-dihiris @ dipotong dadu
  • 1 bji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • Garam dan peras sedikit
  • 3 tangkai cili api
Cara-cara
  • Ikan tenggiri dipotong dadu,kemudian direndam dengan air cuka.Gaul sampai ikan berubah warna menjadi keputih-putihan.
  • Tambahkan air limau kasturi,selepas itu masukkan bawang merah dan bawang besar.Gaul sampai rata dan tumbuk sedikit cili api dan masukkan.
  • Kemudian masukkan mangga atau nenas.Gaul lagi sampai rata.Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Sedia untuk dihidangkan..

No comments:

Post a Comment