Tuesday 26 February 2013

UMAI SARAWAK

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ikan tenggiri
  • Cuka untuk merendam ikan 
  • 3 biji limau kasturi
  • 1 biji mangga @ 1/2 nenas-dihiris @ dipotong dadu
  • 1 bji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • Garam dan peras sedikit
  • 3 tangkai cili api
Cara-cara
  • Ikan tenggiri dipotong dadu,kemudian direndam dengan air cuka.Gaul sampai ikan berubah warna menjadi keputih-putihan.
  • Tambahkan air limau kasturi,selepas itu masukkan bawang merah dan bawang besar.Gaul sampai rata dan tumbuk sedikit cili api dan masukkan.
  • Kemudian masukkan mangga atau nenas.Gaul lagi sampai rata.Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Sedia untuk dihidangkan..

Tuesday 19 February 2013

Puding Nanas

Puding Nanas




Selamt petang...
Hari nie sela nak kongsi resepi puding nanas dengan korang semua...lepas nie boleh la cuba ekk...memang mantap beb...delicious!!......jom tengok ape bahan-bahannya..


Bahan-bahan:
  1. 10 gm serbuk agar-agar ( 1 paket )
  2. 4 cawan air
  3. 1 tin buah nanas gelang ( asingkan air dan buahnya )
  4. 1 tin susu cair ( 400 ml )
  5. 1 setengah cawan gula halus
  6. 1 cawan tepung kastard
  7. beberapa biji ceri merah
Cara membuat:
  • Masak agar-agar dan gula sehingga mendidih.
  • Masukkan air buah nanas tin.
  • Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair dan tapiskan.Masukkan dalam adunan agar-agar.Kacau sehingga hampir pekat.
  • Susun buah nanas ke dalam acuan.
  • Apabila agar-agar masak,tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi buah nanas dan ceri yang disusun tadi.
  • Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Sedia dihidangkan.
Cuba jangan tak cuba..thanks....

Monday 18 February 2013

3 hari 2 malam di Melaka

 Annyeonghaseyo . 
^_^
Hari yang tak seberapa nak cerah ni sela nak menulis satu entry tentang percutian sela dengan cik abg ke Melaka.Korang pernah pergi tak..?Tak la jauh sangat nak bercuti.Kat Malaysia jugak hehehehehe...Memang best la dapat bercuti ke sana.Seronok sesangat,sela pernah pergi tapi tak sempat nak jalan-jalan.Masa kite pergi mula-mula tu kita singgah jer.Second pergi baru la kita stay 3 hari 2 malam kat hotel...erm..(lupa pulak nama hotel tempat kite stay tu.)

lepas check in terus order makanan...lapar

melahap jer keja....senang kan....hehehehe...^_*
terima ksih la sebab sudi baca entry sela...sebenarnya sela nie tak la pandai sangat nak mengupdate blog sela nie..maklumla orang baru belajar...kalau ada di kalangan pembaca sekalian nak berkongsi ilmu dengan sela sangat dialu-alukan......

sarangae....!!

Saturday 16 February 2013

ayam masak halia

bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 inci halia*ditumbuk
  • 5 biji cili padi*ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah*ditumbuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 cawan air
cara-caranya
  • ayam dipotong kecil
  • kemudian lumur ayam yang telah dipotong dgn kunyit
  • panaskan minyak kemudian goreng ayam yang telah dilumur tadi
  • bila dah masak ,ketepikan
  • tinggalkan minyak dlm kuali sebanyak 1 sudu besar
  • masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau
  • masukkan sos tiram,garam dan air
  • masak sehingga kuah agak pekat
  • masukkan ayam dan bawang besar yang dipotong
  • gaul sehingga bawang agak layu
  • angkat dan sediakan…

mudah dan ringkas

ho chak...ha kawan-kawan,selamat pagi..hari nie saya nak shre satu lagi resepi...resepi nie mudah dan ringkas je...nak tau ape resepinye?

DAGING GORENG BAWANG PUTIH


Bahan-bahannya

800gm daging-dihiris nipis
40gm sos tiram
30gm serbuk lada hitam
40gm bawang putih
60gm bawang besar
20gm jus limau
30gm garam

Cara memasak


  • perap daging bersama sos tiram,serbuk lada hitam,air asam,jus limau,dan sedikit garam
  • goreng daging separuh masak.ketepikan
  • tumiskan bawang putih beserta bawang besar hingga naik bau
  • kemudian masukkan daging lalu gaul sebati.angkat dan hidang
ape macam?ringkas tak....selamat mencuba..

ayam goreng cili kering


  • Bahan2nya :- 
 3 ketul ayam (bahagian dada)-dipotong memanjang 
10 biji cili kering di potong 
 2 ulas bawang putih
 1 inci halia di mayang 
1 biji bawang yang biasa org buat tomyam(dipotong memanjang)
 5 tangkai daun bawang di potong 1inci

Cara-cara 

Panaskan minyak dan goreng cili kering dan ketepikan dlm kuali (guna kuali leper)

 Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia.

Bila dah agak layu, masukkan ayam. 

Bila ayam agak masak, masukkan sos tiram, tomato dan kicap pekat. 

 Akhir sekali, masukkan daun bawang yang telah dipotong. Jika agak pekat masukkan 1 atau 2 sudu air. 

 Sedia untuk dihidangkan terutama dengan nasi putih panas

Resepi-ayam adobo filipino

Bahan-bahan
  • 60gm daging ayam}dipotong sederhana basar
  • 50gm bawang putih}dikisar
  • 30gm halia}dikisar
  • 20gm kicap pekat
  • 30gm cuka
  • 80ml air
  • 40gm garam 
  • 15 gm lada hitam
  • 100gm minyak masak
cara memasak
  1. masukkan daging ayam dalam periuk besserta dengan bawang putih,halia,kicap,cuka,lada hitam,daun salam dan garam
  2. gaul dan perapkan ayam tersebut selama 15 minit
  3. masukkan ayam ke dalam kuali dan tuangkan kuah
  4. masak ayam di atas api sederhana besar selama 20 ke 30 minit.
selamat pagi semua...yuk sarapan bersama saya...

Tuesday 12 February 2013

PETUA DAPUR

PETUA DI DAPUR

MENGATASI NASI LEMBIK-Bagi mengatasi  masalah nasi lembik,masukkan 2 biji telur ayam ke dalam periuk nasi.Biarkan seketika.Hasilnya nasi menjadi kering dengan sempurna.
HALIA ELAK DAGING KAMBING BERBAU-Bagi mengelakkan masakkan menggunakan aging kambing tidak berbau,rendamkannya dengan air basuhan beras untuk setengah jam(1 jam pun boleh).Kemudian rebuskannya dengan halia.Air basuhan beras juga berfungsi untuk melembutkan daging..
MENGEKALKAN KESEGARAN SAYURAN-Sayuran yang disimpan di dalm peti ais selama beberapa hari akan hilang kesegarannya.Cubalah rendamkan sayuran tersebut ke dalam air yang dicampur cuka selam beberapa minit.SELAMAT MENCUBA......SUMBER: PETUA DAPUR MINGGUAN WANITA

Love Is You

I love you without knowing how, or when, or from where. I love you simply, without problems or pride: I love you in this way because I do not know any other way of loving but this, in which there is no I or you, so intimate that your hand upon my chest is my hand, so intimate that when I fall asleep your eyes close.

Sweet Love Candy

Sweet Love Candy

There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbing moment.